Saturday, April 27
Home>>Business Community>>MAJLIS PENYERAHAN SISTEM PENDIGITALAN
Business Community

MAJLIS PENYERAHAN SISTEM PENDIGITALAN

Majlis penyerahan sistem pendigitalan ini telah dirasmikan oleh Pengarah DIDR, Encik Tseu Kei Yue. Dalam ucapan Pengarah, beliau menekankan agar para usahawan mula menerima pendigitalan dan melengkapkan diri mereka untuk bersedia dengan perkembangan pantas. Melalui pendigitalan, perniagaan dapat kekal berdaya saing dan tidak ketinggalan.


Seramai 150 usahawan menerima Bantuan IKS (BAIKS) bagi kategori e-dagang/digital TTB pada tahun 2022 ini. Sistem pendigitalan yang dibekalkan oleh Terra Tech Borneo ini merangkumi dua platform digital iaitu Sistem Akaunku dan kedai atas talian dikenali sebagai My Borneo Shop.

Sistem Akaunku ini merupakan satu sistem mudahcara pengurusan kewangan seperti pengemaskinian perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik dan teratur. Manakala, kedai atas talian membantu pemasaran produk tempatan ini boleh dilayari melalui https://myborneoshop.com.my/ atau muat turun aplikasi MyBorneoShop.

Permohonan bantuan ini kini dibuka hingga 8hb Jun 2020. Klik sini untuk memohon