BANTUAN RM20 JUTA USAHAWAN MIKRO DAN COTTAGE SABAH DI BAWAH SABAH NEW DEAL 2020

Akibat pandemik Covid-19 yang telah mencetuskan krisis ekonomi, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan fasa kedua pakej bantuan dalam ‘Sabah New Deal’ bernilai RM240 juta khusus untuk mengaktif semula, memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi negeri yang telah terjejas, termasuk menjadikan Sabah lebih berdaya saing dalam era digital.

Daripada jumlah peruntukan di bawah Sabah New Deal ini, sebanyak RM20Juta disalurkan kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah untuk membantu Usahawan Mikro dan Cottage di Negeri Sabah. [sumber]

Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian untuk menetapkan mekanisme pelaksanaan atau kaedah penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar, mempertimbang dan meluluskan jenis bantuan dan permohonan bantuan usahawan mikro dan cottage. Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan selaku agensi pelaksana adalah juga Urusetia kepada Jawatankuasa tersebut.

Objektif Bantuan

  1. Menaiktaraf dan menambahbaik aktiviti pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan khususnya pengeluar produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
  2. Meringankan kesulitan yang dihadapi berikutan penularan wabak Covid-19

Kumpulan Sasar

  1. Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
  2. Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage.

Aspek Bantuan

  • Bantuan sejumlah RM1000 tunai sahaja yang akan memanfaat setiap pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian.

Kaedah Pembayaran

Bayaran terus ke akaun bank usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  3. Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.
  4. Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, CDO, PPM, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung , JKKK, Kapitan dan pihak-pihak yang mengenali dan boleh mengesahkan pemohon ada menjalankan perniagaan atau perkhidmatan , termasuk Surat Sumpah dari Mahkamah,Pesuruhjaya Sumpah.
  5. Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.
  6. Menyertakan salinan kad pengenalan (tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendafaran Negara), lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan dan gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran serta salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan pemohon.
  7. Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS)
  8. Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan.

Sila ambil perhatian bahawa :

  1. Pemohon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang ini dengan benar dan betul. Sekiranya didapati memberikan maklumat palsu, pemohon boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan denda dan hukuman penjara.
  2. Keputusan Jawatankuasa Bantuan Geran RM20Juta Mikro dan Cottage di bawah Sabah New Deal adalah MUKTAMAD
  3. Borang permohonan ini adalah percuma.
  4. Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan. Pemohon diminta untuk berhubung secara langsung dengan DIDR selaku Urusetia Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage SND seperti yang tertera dalam portal ini.
  5. Permohonan yang dikemukakan melalui agen tidak akan dilayan.

PERINGATAN : Pemohon dikehendaki menggunakan akaun bank atas nama pemohon untuk tujuan permohonan bantuan ini. Penggunaan bank akaun atas nama syarikat adalah tidak digalakkan.

TEMPOH PERMOHONAN : TELAH DITUTUP

KAUNTER PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan ini, sila berhubung dengan

Urusetia Bantuan SND UMC
(088) 225 445 / 225 443
sndumc2020@gmail.com

NOTIS TENTANG SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN GERAN USAHAWAN MIKRO DAN COTTAGE


Memandangkan butang Semakan Status belum dapat diaktifkan, pemohon boleh membuat semakan dengan menghantar email kepada sndumc2020@gmail.com. Sila sertakan nama dan nombor kad pengenalan untuk memudahkan proses semakan.


Sekian harap maklum.


Urusetia Bantuan SNDUMC