Permohonan Penempatan Latihan Industri DIDR

Syarat Permohonan Latihan Industri

Warganegara

Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia

Universiti

Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dimana bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Tempoh Latihan Industri

Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT.

Syarat Universiti

Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya.

Syarat Lain

Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.

Prosedur Permohonan

Tarikh Permohonan

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri bermula.

Persediaan Dokumen Berkenaan

Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk tujuan pemprosesan;

      • Surat permohonan Latihan Industri/Sokongan daripada institusi pengajian.
      • Resume pelajar terkini
      • Transkrip akademik pelajar terkini
      • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak.

Syarat Penempatan

Penempatan Pelajar

Penempatan pelajar ke Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Negeri Sabah yang sesuai akan dilakukan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Larangan Pengisian Jawatan

Pelajar tidak boleh diambil untuk mengisi jawatan kosong, jawatan kenaikan pangkat atau untuk melaksanakan tugas pegawai tetap.

Waktu Latihan Amali

Waktu latihan amali pelajar adalah menyamai waktu bekerja pegawai awam.

Elaun dan Kemudahan

Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun lain, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh pegawai awam.

Cuti dan Potongan Elaun

Pelajar boleh dibenarkan bercuti bergantung kepada syarat & kebenaran pihak IPTA/IPTS dan potongan elaun berdasarkan jumlah hari pelajar berkenaan bercuti/tidak hadir.

Tempoh Latihan Amali

Tempoh latihan amali adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh institusi pengajian pelajar.

Pertukaran Tempat Latihan

Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan industri setelah surat tawaran dibuat dan sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Pembayaran Elaun

Kemudahan Pembayaran Elaun

Pelajar akan diberikan kemudahan pembayaran elaun seperti yang termaktub di dalam surat edaran JPAN dengan rujukan JPAN: 700-4/1 Jld 6 (28) bertarikh 17 Disember 2020.

Kadar Pembayaran Elaun

Kadar pembayaran elaun telah ditetapkan oleh jabatan ini, tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti am, tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa jabatan.

Bayaran Elaun Lebih Masa

Pelajar tidak layak dibayar bayaran elaun lebih masa.

Hari Pembayaran Elaun

Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja, tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.

Penginapan & Pengangkutan

Penginapan dan pengangkutan adalah tidak disediakan.

Hubungi Kami

14 + 9 =

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_US