Magna Wave Sdn. Bhd. Cocoa Kingdom KK Borneo Awesome Food
Lawatan Ke Kilang Usahawan (3 Okt 2022)
Pada 3 Oktober 2022 yang lalu, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan satu lawatan ke kilang-kilang usahawan di bawah DIDR. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan secara bersemuka mengenai aktiviti pengeluaran termasuklah aktiviti pemprosesan dan pembungkusan produk kilang-kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Lawatan ini terdiri daripada dua (2) orang kakitangan DIDR, dua (2) orang Pegawai Outsource dan dua (2) orang pelajar praktikal.