𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐌𝐄-𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program Sesi Taklimat kepada Kelab Usahawan Sahabat Ikhtihar Kota Kinabalu (KUSIKK) telah berjaya dilaksanakan pada 16 Februari 2026 (Isnin) dengan kehadiran dan komitmen yang amat memberangsangkan daripada ahli kelab KUSIKK. Program ini juga merupakan pelaksanaan pertama bagi Program 𝘖𝘶𝘵𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩 SME-UP 2026 bagi tahun ini.
Sesi taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai inisiatif dan peluang yang ditawarkan di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak penganjur dan komuniti usahawan. Penyertaan aktif serta maklum balas yang positif daripada para peserta mencerminkan kesungguhan yang tinggi dalam memajukan perniagaan masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penganjur, urus setia, rakan kerjasama serta semua ahli Kelab KUSIKK atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga pelaksanaan Program 𝘖𝘶𝘵𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩 SME-UP 2026 ini akan terus menjadi platform yang efektif dalam memperkasakan usahawan tempatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_US