Satu Sesi Taklimat Mengenai Prosedur Perolehan Perkhidmatan Perunding oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF) telah berjaya diadakan pada 9 Februari 2026 (Isnin) sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh kefahaman serta pematuhan terhadap peraturan dan garis panduan perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Sesi taklimat ini memberi penjelasan terperinci berkaitan proses, syarat dan tatacara perolehan perkhidmatan perunding di samping menekankan aspek ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan perolehan. Program ini juga bertujuan memastikan setiap pelaksanaan perolehan dilaksanakan secara teratur, cekap dan selaras dengan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF) atas perkongsian ilmu serta kerjasama yang bermakna dalam menjayakan sesi taklimat ini.
![]()