𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘌-𝘊𝘰𝘮𝘮𝘦𝘳𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘳𝘬𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 anjuran Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) telah berlangsung dengan jayanya pada 12-14 Februari 2026 (Khamis-Sabtu).
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Jonnybone J.Kurum, Pembantu Menteri, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) pada 12 Februari 2026 (Khamis).
Majlis Penutupan telah disempurnakan pada 14 Februari 2026 (Sabtu) oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Hanafiah Bin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas).
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) turut dijemput untuk menyampaikan taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Juinah Lipat di samping membuka reruai agensi sepanjang program berlangsung. DIDR juga bekerjasama dalam menjemput para usahawan di bawah seliaan jabatan untuk menyertai program ini.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkasa usahawan Bumiputera Sabah dengan kemahiran e-dagang dan pemasaran digital selaras dengan keperluan ekonomi digital masa kini.
![]()