Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah menyertai Program Forum Usahawan: Dari Mikro, Ke Mega: Lakarkan Strategi Anda! bersempena Karnival Cabutan BSN SSP Sabah 2026 anjuran Bank Simpanan Nasional yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Atrium, Eastern Plaza Tawau.
DIDR berbesar hati apabila dijemput sebagai salah satu panel forum, yang telah diwakili oleh Puan Juinah Lipat. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen jabatan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri melalui perkongsian maklumat, strategi serta inisiatif pembangunan yang dilaksanakan.
Program ini turut menjadi platform strategik dalam memperluas jaringan kerjasama antara agensi, institusi kewangan dan komuniti usahawan, selaras dengan usaha mempertingkat daya saing serta memperkasa usahawan tempatan ke arah pertumbuhan yang lebih mampan.
Jabatan merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang kerjasama yang diberikan.
![]()