Pameran πΎπ‘œπ‘›π‘”π‘ π‘–π‘…π‘Žπ‘¦π‘Ž πΆπ‘Žπ‘Ÿπ‘›π‘–π‘£π‘Žπ‘™ yang berlangsung pada 6 hingga 8 Februari 2026 (Jumaat-Ahad) bertempat di 𝘚𝘒𝘣𝘒𝘩 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯𝘒𝘭 𝘊𝘰𝘯𝘷𝘦𝘯𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 𝘊𝘦𝘯𝘡𝘳𝘦 (SICC) merupakan gabungan sambutan dua perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri dalam satu penganjuran yang berkonsepkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Penyertaan ini melibatkan 28 usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) yang mempamerkan pelbagai produk kepada pengunjung.
Pihak DIDR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus dilaksanakan sebagai platform memperkasa usahawan tempatan serta mengeratkan hubungan antara kaum melalui aktiviti ekonomi dan kebudayaan.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_US