Tata Atur:
green blue red
  Font:
purple cyan pink blue yellow blue
Saiz:
decrease increase
STAF ENGLISH

LAMAN WEB RASMI
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan

Tingkat 7 & 8, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens
88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: 6-088-214866, 215035, Fax: 6-088-257814, 216698
E-mel: didr@sabah.gov.my

PelawatPelabur/UsahawanJPPP
Direktori Staf Maklum Balas Soalan Lazim Peta Laman
  

event Acara akan datang

polls Tinjauan

shaking Pelawat

Kelmarin: 134
Hari ini: 95
Bulan ini: 2320
Jumlah: 160872

Kongsi halaman ini:

Ikuti kami di:

rss feed

Tarikh Kemaskini: 18 Apr 2018

Latar Belakang

 

Pengenalan

Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR) ditubuhkan pada tahun 1977 melalui Arahan Kabinet Negeri dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID). DIDR bertanggungjawab untuk mempromosi dan menyelaras pembangunan perindustrian di Sabah.

 

Visi

Menjadi agensi peneraju dalam menggalakkan pembangunan sektor perindustrian di Negeri Sabah.

 

Misi

Menggalakkan pembangunan sektor perindustrian menerusi pembangunan industri kecil dan sederhana, promosi pelaburan, kajian dan khidmat industri .

 

Objektif

Membantu memajukan Negeri Sabah menerusi pembangunan sektor perindustrian.

 

Fungsi-Fungsi Utama

  1. Mempromosikan pelaburan asing dan domestik di Negeri Sabah, terutama dalam sektor perkilangan;

  2. Menjalankan penyelidikan/kajian ke atas ekonomi Negeri Sabah, khususnya terhadap sektor perkilangan;

  3. Memproses permohonan lesen dan kelulusan untuk mendirikan projek perkilangan di Sabah;

  4. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan projek-projek pelaburan; dan

  5. Menjalankan aktiviti bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

Carta Organisasi

Carta Organisasi 2017

 

Logo

 

DIDR Logo

 

Pengertian Logo

Logo Jabatan melambangkan peranan organisasi, siapakah dan apakah nilai-nilai serta aspirasi kami sebagai ahli-ahli organisasi.

 

Perkataan putih "Department of Industrial Development & Research", terletak di bawah dan bersandarkan kepada latar belakang merah menunjukkan bahawa kami adalah satu Jabatan dengan misi mempromosikan perindustrian di Sabah.

 

Empat jalur hijau di sebelah kiri menandakan pelbagai kategori industri yang kami promosikan, termasuk mikro, kecil dan sederjana, besar dan industri berimpak besar. Disusun dalam bentuk anak tangga, jalur-jalur berkenaan juga melambangkan kesungguhan Jabatan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam usahanya mempromosikan perindustrian di Sabah.

 

Huruf-huruf 'DiDR' berwarna biru, selain daripada singkatan kepada "The Department of Industrial Development & Research", juga menunjukkan nilai-nilai pada Jabatan iaitu Dedication (berdedikasi), Integrity (berintegriti), Determination (berazam) dan Resourcefulness (berakal). Huruf "i" melambangkan modal insan jabatan, aset yang terpenting dalam organisasi.

 

Huruf "i" berbelang ini bererti staf yang berkebolehan melaksanakan tugasan pelbagai dan kesediaannya untuk menggunakan kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru bagi mempertingkatkan kecekapan serta produktivitinya.

 

Dari segi warna yang digunakan,

  • Hijau menandakan kemesraan alam, di mana keutamaan akan diberi kepada penjagaan alam sekitar dalam usaha-usaha Jabatan mempromosikan perindustrian;

  • Biru menandakan sifat-sifat profesionalisma dalam melaksanakan fungsi-fungsi dan peranan Jabatan;

  • Putih menandakan integriti; 

  • Merah menandakan keinginan kuat Jabatan berusaha lebih gigih untuk maju ke hadapan.

 


Sabah Government Website Government Website Ministry of Industrial Development Sabah Department Of Industrial Development & Research Sedco KKIP POIC Sawit POIC Sogip 1Malaysia Website MAMPU Website Pemandu Website MSC Malaysia Website
Selamat Datang ke Sabah - Destinasi Pelaburan Sehenti Anda