Tata Atur:
green blue red
  Font:
purple cyan pink blue yellow blue
Saiz:
decrease increase
STAF ENGLISH

LAMAN WEB RASMI
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan

Tingkat 7 & 8, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens
88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: 6-088-214866, 215035, Fax: 6-088-257814, 216698
E-mel: didr@sabah.gov.my

PelawatPelabur/UsahawanJPPP
Direktori Staf Maklum Balas Soalan Lazim Peta Laman
  

event Acara akan datang

polls Tinjauan

shaking Pelawat

Kelmarin: 103
Hari ini: 43
Bulan ini: 2190
Jumlah: 145251

Kongsi halaman ini:

Ikuti kami di:

rss feed

Tarikh Kemaskini: 18 Oct 2017

Bahagian dan Peranan


Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) diketuai oleh seorang Pengarah, seorang Timbalan Pengarah dan dibantu oleh tiga puluh tiga (33) orang staf. DIDR terbahagi kepada lima (5) Bahagian iaitu:

 

  1. Bahagian Pembangunan SME/SDSI dan Kerjasama Serantau

  2. Bahagian Khidmat Industri

  3. Bahagian Promosi Pelaburan

  4. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

  5. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 

Bahagian Pembangunan SME/SDSI dan Kerjasama Serantau

  1. Menganjur dan menyelaras showcase/ekspo Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI);

  2. Menganjur dan menyelaras kursus IKS; dan

  3. Menyelaras program Brunei, Indonesia, Malaysia & Filipina-Kawasan Pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA).

 

Bahagian Khidmat Industri

  1. Urus Setia kepada Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Negeri (Industrial Coordination Committee [ICC]) dan Unit Pelaksanaan Industri Daerah (District Industry Implementation Unit [DIIU]);

  2. Menilai dan memproses permohonan untuk Kelulusan Kerajaan Negeri (State Government Approval [SGA]) & Lesen Pengilang Persekutuan (Federal Manufacturing License [FML]) bagi projek perkilangan;

  3. Mengawasi pembangunan dan pelaksanaan projek perkilangan yang telah diluluskan;

  4. Menyelaras usaha-usaha agensi kerajaan yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan dan operasi yang dihadapi oleh pengusaha kilang;

  5. Menyelaras lawatan kilang;

  6. Membekal data projek-projek perkilangan yang telah diluluskan;

  7. Menyediakan laporan prestasi projek-projek perkilangan yang telah diluluskan; dan

  8. Membantu syarikat-syarikat untuk melaksana dan memulakan operasi kilang-kilang yang baru diluluskan.

 

Bahagian Promosi Pelaburan

  1. Berjumpa dengan bakal pelabur;

  2. Menganjur dan menyelaras misi perdagangan dan pelaburan rasmi Negeri Sabah;

  3. Menerbitkan buku panduan pelaburan;

  4. Menganjur seminar/persidangan perniagaan domestik dan antarabangsa;

  5. Menganjur pameran perdagangan; dan

  6. Menganjur dan menyelaras misi perdagangan dan pelaburan ke Sabah.

 

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

  1. Urus Setia kepada Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Kerajaan Negeri Sabah;

  2. Urus Setia kepada Jawatankuasa Pemandu Kajian-Kajian yang dijalankan oleh Juruperunding Swasta;

  3. Menjalankan kajian awal projek pelaburan yang dikenal pasti;

  4. Mendapatkan maklumat/data perihal industri dan aktiviti ekonomi Sabah;

  5. Melaksanakan program Indeks Situasi Bisnes Sabah (Sabah Business Condition Index);

  6. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Sektor Swasta menjalankan kajian berkaitan pembangunan perindustrian di negeri Sabah

  7. Menjalankan tugas-tugas perancangan awal bekalan infrastruktur untuk pembangunan sesebuah projek industri atau estet perindustrian di Sabah; dan

  8. Menyusul, memantau dan menilai hasil-hasil kajian yang dijalankan oleh Konsultan Swasta.

 

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  1. Mengurus sumber manusia dari segi perkhidmatan dan pentadbiran am agar ianya berjalan dengan cekap dan teratur sebagai khidmat sokongan kepada fungsi utama jabatan; dan

  2. Memastikan segala perbelanjaan dan pembayaran mematuhi kehendak semua Peraturan Kewangan Semasa.

 

Kumpulan Sokongan Teknologi Maklumat (KSIT)

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan juga dibantu oleh Kumpulan Sokongan IT (KSIT).

Untuk maklumat lanjut: klik sini ke KSIT

 


Sabah Government Website Government Website Ministry of Industrial Development Sabah Department Of Industrial Development & Research Sedco KKIP POIC Sawit POIC Sogip 1Malaysia Website MAMPU Website Pemandu Website MSC Malaysia Website
Selamat Datang ke Sabah - Destinasi Pelaburan Sehenti Anda