Tata Atur:
green blue red
  Font:
purple cyan pink blue yellow blue
Saiz:
decrease increase
STAF ENGLISH

LAMAN WEB RASMI
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan

Tingkat 7 & 8, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens
88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: 6-088-214866, 215035, Fax: 6-088-257814, 216698
E-mel: didr@sabah.gov.my

PelawatPelabur/UsahawanJPPP
Direktori Staf Maklum Balas Soalan Lazim Peta Laman
  

event Acara akan datang

polls Tinjauan

shaking Pelawat

Kelmarin: 98
Hari ini: 72
Bulan ini: 2116
Jumlah: 145177

Kongsi halaman ini:

Ikuti kami di:

Follow us on Facebook Follow us on Twitter youtube rss feed

Tarikh Kemaskini: 18 Oct 2017

Soalan Lazim


1. Apakah itu Lesen Pengilang (ML)?

Di bawah undang-undang Penyelarasan Perindustrian 1975, syarikat perkilangan dengan dana pemegang saham RM2.5 juta dan di atas dan menggaji 75 atau lebih orang pekerja diharuskan untuk mendapatkan Lesen Pengilang (ML) [di Sabah disebut sebagai `Lesen Pengilang Persekutuan' (FML)] dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (MITI).

2. Apakah itu Kelulusan Kerajaan Negeri (SGA)?

Di Sabah, pengilang dengan dana pemegang saham kurang daripada RM2.5 juta dan menggaji kurang dari 75 orang pekerja diharuskan untuk mendapatkan Kelulusan Kerajaan Negeri (SGA).

(Nota: Kelulusan ini merupakan pra-syarat sebelum lesen perdagangan boleh diberikan kepada syarikat-syarikat perkilangan oleh pihak Berkuasa Tempatan.)

3. Apakah Khidmat Industri (Handsholding)?

Handsholding ialah khidmat pemudahcaraan yang diberikan kepada syarikat perkilangan / pelabur / usahawan (IKS) yang memerlukan bantuan dalam pelaksanaan projek, promosi pelaburan dan perolehan pengetahuan melalui kursus khas.

4. Apakah yang perlu dibuat oleh syarikat asing untuk memulakan projek pelaburan atau perniagaan di Sabah/Malaysia?

Semua syarikat asing perlu menubuhkan syarikat tempatan atau daftar cawangan di Sabah, Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (www.ssm.com.my) sebelum memulakan projek pelaburan. Lesen-lesen lain yang diperlukan adalah ditentukan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan dalam sektor yang berkenaan.

5. Apakah insentif-insentif utama bagi sektor-sektor perkilangan?

Terdapat 2 insentif cukai utama:-

  • Taraf Perintis (Pioneer Status)
    Pengecualian cukai sebanyak 70% - 100% pendapatan berkanun selama 5 hingga 10 tahun. Elaun-elaun modal yang tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung sepanjang tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pasca taraf perintis syarikat.

  • Elaun Cukai Pelaburan
    Elaun sebanyak 60%-100% ke atas perbelanjaan modal layak (kilang, logi, jentera atau kelengkapan lain yang digunakan untuk projek diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun dari tarikh pertama modal layak dilakukan.

(Permohonan untuk insentif-insentif tersebut perlu dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang mempunyai cawangan di Sabah.)

6. Apakah keperluan ekuiti bagi bagi projek-projek baru?

Berkuatkuasa dari 17 Jun 2003, para pelabur boleh memegang 100% ekuiti bagi semua pelaburan dalam projek-projek baru tanpa mengambil kira paras eksport.

7. Apakah maklumat-maklumat pelaburan yang disediakan oleh JPPP?

JPPP melalui Bahagian Promosi Pelaburan menyediakan maklumat pelaburan melalui buku-buku:-

1. Sabah: Your Choice Investment Destination
2. Sabah Basic Facts and Information
3. Handbook on permits and licences issued by Government bodies in Sabah

8. Apakah program-program JPPP dalam membantu pengusaha-pengusaha IKS mempromosikan produk-produk buatan Sabah ke pasaran eksport?

Bahagian Promosi Pelaburan menganjurkan program seperti menyelaras penyertaan dalam pameran-pameran tempatan dan juga antarabangsa untuk mempromosikan produk-produk hasil keluaran pengusaha-pengusaha IKS Sabah ke pasaran eksport. Di samping itu, pihak Jabatan juga menganjurkan kursus khas bagi memberi pengetahuan tentang cara-cara untuk menceburi pasaran eksport.

9. Apakah itu format/dokumen PDF?

Untuk membaca/membuka dokumen PDF, anda memerlukan perisian Adobe Reader yang boleh didapati dari: muat turun Adobe Reader

 


Sabah Government Website Government Website Ministry of Industrial Development Sabah Department Of Industrial Development & Research Sedco KKIP POIC Sawit POIC Sogip 1Malaysia Website MAMPU Website Pemandu Website MSC Malaysia Website
Selamat Datang ke Sabah - Destinasi Pelaburan Sehenti Anda