Tata Atur:
green blue red
  Font:
purple cyan pink blue yellow blue
Saiz:
decrease increase
STAF ENGLISH

LAMAN WEB RASMI
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan

Tingkat 7 & 8, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens
88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: 6-088-214866, 215035, Fax: 6-088-257814, 216698
E-mel: didr@sabah.gov.my

PelawatPelabur/UsahawanJPPP
Direktori Staf Maklum Balas Soalan Lazim Peta Laman
  

event Acara akan datang

polls Tinjauan

shaking Pelawat

Kelmarin: 103
Hari ini: 43
Bulan ini: 2190
Jumlah: 145251

Kongsi halaman ini:

Ikuti kami di:

rss feed

Tarikh Kemaskini: 18 Oct 2017

Kelulusan Kerajaan Negeri

SIAPA HARUS MEMOHON?
 

Di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, syarikat pembuatan yang mempunyai dana pemegang saham sebanyak RM2.5 juta & ke atas dan mempunyai pekerja sepenuh masa 75 orang atau lebih adalah dikehendaki untuk mendapatkan Lesen Pengilang Persekutuan (Federal Manufacturing License [FML]) dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Kuala Lumpur.

Di Sabah, syarikat pembuatan yang mempunyai dana pemegang saham kurang daripada RM2.5 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 75 orang adalah dikehendaki untuk mendapatkan Kelulusan Kerajaan Negeri (State Government Approval [SGA]) dari Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR).


PROSES PERMOHONAN KELULUSAN KERAJAAN NEGERI (SGA)

 

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan melalui sistem SGA Application Online klik sini ke SGA Application Online
  • Permohonan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Negeri (Industrial Coordination Committee [ICC]) yang diadakan sebulan sekali;
  • SGA akan dikeluarkan oleh DIDR atas rekomendasi daripada ICC dan sokongan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID).


TEMPOH PEMPROSESAN


Satu Bulan


YURAN


Tidak ada

 

Prosedur Permohonan SGA FML (PDF)

Brosur Info - Permohonanan SGA Online (PDF)

Manual Pengguna - Permohonan SGA Online (PDF)

gambar prosedur

gambar brosur

gambar manual pengguna

muat turun prosedur

muat turun brosur

muat turun manual pengguna

 

 

PERKHIDMATAN LAIN

 

SISTEM PENDAFTARAN KILANG BEROPERASI ONLINE (FIOR)

Pendaftaran adalah untuk kilang-kilang sedang beroperasi yang belum mempunyai Lesen Pembuatan/Kelulusan

Pemohon adalah dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem FIOR klik sini ke SGA Application Online

KELULUSAN TREK PANTAS (FAST TRACK [FT])

Kelulusan Trek Pantas akan diberikan dengan ketetapan-ketetapan seperti berikut:

Kelulusan Trek Pantas yang telah memenuhi empat (4) syarat asas akan diberikan hanya untuk permohonan Lesen Pengilang Persekutuan (FML) sahaja [tidak termasuk permohonan Kelulusan Kerajaan Negeri (SGA)]. Empat syarat asas berkenaan adalah seperti berikut:
 

  • Industri bukan sensitif;

  • Lokasi terletak dalam kawasan perindustrian sedia ada yang serasi dengan guna-tanah sekeliling;

  • Tidak tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA); dan

  • Produk digalakkan oleh Kerajaan.


Permohonan-permohonan FML yang layak diberi kelulusan Trek Pantas perlu dirujuk kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian selaku Pengerusi ICC untuk persetujuan.  Kelulusan Trek Pantas akan dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang permohonan tertakluk kepada maklumat-maklumat yang diberikan adalah lengkap.  Permohonan-permohonan yang telah diberi kelulusan Trek Pantas akan dilaporkan di mesyuarat ICC dan kepada Menteri Pembangunan Perindustrian untuk makluman sahaja.  Bagi mengatasi kelewatan, permohonan-permohonan yang telah disokong oleh ICC hanya perlu mendapat pengesahan daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian tanpa menunggu sokongan daripada Menteri Pembangunan Perindustrian.

SURAT TIDAK ADA HALANGAN (NO OBJECTION LETTTER [NOL])

Kelulusan ICC adalah diperlukan sebelum NOL dikeluarkan untuk permohonan FML/Insentif.

Untuk mendapatkan NOL, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan/menghantar salinan kelulusan sementara dari MIDA untuk pihak Jabatan mengeluarkan NOL (akan ditandatangani oleh Pengarah).

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi berikut:

 

En. Tommie Philip - Ketua Penolong Pengarah, Tel: 088-225443, Faks: 088-257814, E-mel: Emel 1
En. Benedick Bisoni - Penolong Pengarah Kanan, Tel: 088-217742, Faks: 088-213490, E-mel: Emel 2
Pn. Juinah Lipat - Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi, Tel: 088-240732, Faks: 088-257814, E-mel: Emel 3
Encik Richard Gurahid - Pelukis Pelan, Tel: 088-240732, Faks: 088-216698, E-mel: Emel 4

 


Sabah Government Website Government Website Ministry of Industrial Development Sabah Department Of Industrial Development & Research Sedco KKIP POIC Sawit POIC Sogip 1Malaysia Website MAMPU Website Pemandu Website MSC Malaysia Website
Selamat Datang ke Sabah - Destinasi Pelaburan Sehenti Anda